Kegatalan serta kemerahkan pada kulit muka memang merimaskan bukan? Kadang-kadang muka kita merasa pedih dan sekaligus perkara seperti ini akan menjejaskan mood anda.

 

Selalunya ia terjadi jika kulit anda terdedah kepada bakteria lain (infection), alergik ataupun bekas daripada jerawat lama yang tidak terhapus lagi secara menyeluruh dan jika ia tidak dipulihkan secepat mungkin masalah ini akan berlanjutan dengan teruk.

Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk atasi masalah kegatalan dan kemerahan itu? Mari ikuti tips mudah dibawah.

Timun

Sejak dari dahulu lagi timun sudah dipercayai dalam membuat rawatan pada wajah. Kalau anda lihat, banyak produk berasaskan timun diluar sana kerana ia menyihatkan kulit.

Mempunyai kandungan dengan unsur kedinginan, ia mampu untuk meredakan kemerahan serta kegatalan.

Caranya:-

  • Kisar /parut timun.
  • Ambil timun yang sudah lumat dan sapukan kepada keseluruhan wajah seperti masker.
  • Biarkan selama 20 minit agar segala khasiat ataupun zat daripada timun tersebut meresap ke dalam kulit anda secara menyeluruh.
  • Selepas itu bilas dengan air bersih.

Lidah Buaya (Aloe Vera)

Lidah Buaya ataupun Aloe Vera paling berkesan untuk merawat kemerehan khususnya dan kegatalan pada masa yang sama.

Ia akan melembapkan kulit wajah kering dan mengurangkan segala redangan ataupun alergi yang ada pada wajah anda.

Caranya:-

  • Potong Lidah Buaya kepada dua bahagian, daripada bahagian atas ke bawah secara menegak.
  • Keluarkan gel yang ada didalam Lidah Buaya itu dan sapukan terus pada kawasan yang mempunyai kemerahan dan kegatalan.

Kiub Ais

Kiub ais sebenarnya dapat meredakan kemerahan yang terjadi di wajah anda kerana aliran darah akan turun dan mengalir di tempat bahagian selain daripada wajah.

Kesannya, kulit anda bersih tanpa sebarang kotoran dan sel kulit mati pada wajah akan cepat hilang.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu gosok kiub ais pada bahagian muka secara terus dan ratakan pada seluruh bahagian muka.

Daun Pudina

Daun pudina sangat berkesan sebagai ajen pendingin kulit yang dapat melegakan redangan di wajah anda.

Caranya:

Mudah sahaja! Tumbuk daun pudina sehingga lumat ataupun seakan pes dan terus sapukan pada wajah anda.

Kesimpulan

Anda tidak boleh memandang ringan dengan masalah kemerahan dan kegatalan kulit, jika ia tidak dirawat pada peringkat awal, kondisi wajah anda akan terus bermasalah dan mungkin ia akan lebih susah untuk dipulihkan.

Apa Pula Kata Pakar Kami?

Pakar kami di Remedy Malaysia mengesyorkan produk SERENE yang diformulakan khusus untuk merawat kulit wajah yang gatal dan merah.

Lebih menarik lagi ia turut mengandungi ekstrak Lidah Buaya yang memang khas serta berkesan untuk memulihkan kulit dengan masalah berkenaan.

Manfaat lain:-

  • Mengecutkan jerawat.
  • Melembapkan kulit.
  • Membantu untuk mendapatkan wajah yang lebih sihat dan menyerlah.
  • Sesuai untuk lelaki dan wanita.
  • Sesuai juga untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Hanya selepas 3 hari sahaja! Ya 3 hari sahaja, anda sudah boleh nampak kesannya. Wajah tampil lebih menawan. Satu botol boleh tahan sehingga 1 bulan ataupun lebih. Jimat tu!!

Lihat kegembiraan pengguna Serene Serum di album ini.

Hubungi kami di Facebook Remedy Malaysia atau WhatsApp ke 0164224006 @ 0197722059 SEKARANG !

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *