Hampir setiap orang di dunia ini pasti akan mengalami masalah kulit terutama sekali masalah jerawat bukan? Kalau nak disebut tentang jerawat memang banyak betul kategorinya. Antara yang paling biasa adalah jerawat pasir.

Apa Itu Jerawat Pasir?

 

Jerawat pasir antara jerawat kecil yang sering tumbuh di bahagian bawah mata dan pipi. Ia akan membuatkan kulit nampak lebih kasar dan kadang-kala ia mungkin boleh kelihatan seperti berbiji.

Antara penyebab jerawat pasir :-

  1. Wujud sel kulit mati dengan jumlah agak besar sehingga ia menyumbat liang pori
  2. Cara membasuh muka dengan tidak betul
  3. Sering memicit jerawat yang timbul kerana apabila ia pecah makin banyak kuman yang akan tersebar pada bahagian kulit
  4. Amalan pemakanan yang tidak sihat. Suka makanan berlemak dan mengandungi gula yang tinggi.

Tentu sekali anda merasa rimas ataupun tertekan dengan jerawat yang ukurannya kecil-kecil ini bukan? Keyakinan diri pun semakin menghilang.

Jangan risau mari ikuti beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Teh Hijau

Minum teh hijau selalu dan jerawat-jerawat kecil itu mampu terhapus dan membuat kulit anda kelihatan lebih muda.

Beras

Beras mempunyai zat yang tinggi dan vitamin untuk kulit. Kandungan vitamin C dan vitamin E didalam beras boleh membuatkan kulit anda tampak lebih halus dan cerah. Malah, ia juga menghilangkan bekas jerawat.

Cara membuat masker beras:-

  • Gunakan beras organik. Cuci beras sehingga bersih.
  • Rendam beras tersebut selama satu malam.
  • Selepas direndam satu malam, tumbuk beras sehingga halus menggunakan air yang sama.
  • Kemudian sapukan ke seluruh bahagian muka selama 40 minit dan bilas dengan air bersih.

Minyak Tea Tree

Sapukan minyak Tea Tree pada muka agar ia boleh mengeringkan jerawat pasir. Anda boleh dapatkan minyak tersebut dimana-mana farmasi.

Caranya, sebelum sapu minyak Tea Tree pastikan anda sudah membersihkan muka anda. Sapukan pada tempat bermasalah sekali sehari sebelum anda tidur.

Lidah Buaya

Lidah buaya merupakan agen pemulih, mengandungi antioksidan dan boleh melegakan kulit. Pada masa yang sama, ia boleh membuka liang pori yang tersumbat kerana kekotoran.

Kesimpulan

Tips di atas adalah beberapa perkara yang boleh merawat masalah jerawat pasir, tetapi harus di ingatkan anda perlu menjaga pemakanan anda dan juga bersenam selalu.

Anda juga harus mengikuti setiap cara dengan betul dan kerap.

Apa Pula Kata Pakar Kami?

Pakar kami di Remedy Malaysia mengesyorkan anda untuk menggunakan produk LUMINOUS yang menggunakan formula khusus untuk mengecutkan pelbagai jenis jerawat dengan kandungan beta glucan dan ekstrak kaktus.

Manfaat lain:-

  • Mencerahkan kulit
  • Mengurangkan parut
  • Mengawal minyak di muka
  • Melenyapkan bintik hitam

Hanya selepas 3 hari sahaja! Ya 3 hari sahaja, anda sudah boleh nampak kesannya. Wajah tampil lebih menawan.

Satu botol boleh tahan sehingga 1 bulan ataupun lebih. Jimat tu!!

Lihat kegembiraan pengguna Luminous Serum di album ini.

Hubungi kami di Facebook Remedy Malaysia atau WhatsApp ke 0164224006 @ 0197722059 SEKARANG !

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *