Memiliki kulit sensitif adalah sesuatu perkara yang merisaukan dan ianya agak sulit dari segi penjagaannya. Kulit sensitif bermaksud lapisan epidermis kulit anda mengandungi lapisan sel mati diantara lapisan dalaman dan luaran di wajah anda.

Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kulit anda menjadi sensitif. Kadang-kala ia mungkin boleh disebabkan oleh faktor genetik dan mungkin juga daripada cara pemakanan anda.

Sudah cuba pelbagai cara tetapi masalah kulit sensitif masih berpanjangan? Mari ikuti tips dibawah:-

Pastikan Kelembapan Kulit Anda

Bagi anda yang mempunyai kulit sensitif adalah penting untuk anda memastikan ia senantiasa berada di keadaan lembap dan tidak kering.

Gunakan pelembap yang sesuai dengan kulit anda khusunya produk berasaskan organik.

Jaga Pemakanan Anda

Apa yang anda makan juga penting untuk menjaga kulit anda. Pastikan anda tidak makan makanan yang mengandungi lemak serta minyak secara berlebihan.

Amalkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran dan jus kerana ia boleh membuatkan kulit anda tampak lebih segar dan berseri.

Yogurt Dan Oat

Campurkan yogurt dan oat ke dalam satu mangkuk, kacau sehingga sebati dan sapukan terus kepada seluruh wajah dan biarkan beberapa minit.

Campuran terrsebut sangat berkesan untuk menghapuskan sel kulit mati dan pada masa yang sama melembapkan lagi kulit anda secara semulajadi.

Minum Air Secukupnya

Antara perkara penting untuk wajah lebih segar, pastikan anda meminum air masak secukupnya agar kulit anda dapat bernafas dengan lebih baik.

Basuh Muka Anda Dengan Kerap

Jika anda mempunyai peluang, cubalah untuk basuh muka anda beberapa kali sehari agar kotoran, habuk serta debu yang mungkin menutupi rongga di wajah dapat dibersihkan.

Ingat! Selepas membasuh muka jangan sapu muka anda dengan tisu yang kesat tetapi gunakan tuala lembut agar ia tidak mencalarkan bahagian sensitif di muka.

Kesimpulan

Pelbagai cara sebenarnya yang anda boleh lakukan untuk merawat kulit sensitif tetapi anda harus mempunyai semangat yang kuat untuk melakukannya meskipun kehidupan seharian anda sangat sibuk.

Apa Pula Kata Pakar Kami?

Pakar kami di Remedy Malaysia mengesyorkan anda untuk menggunakan produk SERENE yang di formulakan khas buat mereka yang ingin mengatasi masalah kulit sensitif.

Ia bukan sahaja boleh merawat kulit sensitif tetapa mampu mengurangkan kegatalan serta kemerahan di kulit dan juga mengecutkan jerawat.

Hanya selepas 3 hari sahaja! Ya 3 hari sahaja, anda sudah boleh nampak kesannya. Wajah tampil lebih menawan.

Apa tunggu lagi hubungi pakar kami di Facebook atau WhatsApp ke 0164224006.

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *